Thursday, 19 August 2021

APA LAGI DAYA KITA. HANYA ALLAH PENENTU SEGALANYA

Segala usaha telah mereka (Ahli-ahli Palimen) telah lakukan yang terbaik. Penyatuan dari kalangan mereka diterjemahkan dengan angka 114 yang tidak mampu digoyahkan tahap kesetiaan dan tahap kebersatuan mereka. Ini buktinya dan ini asasnya, tidak ada satu pihak atau sesiapa yang boleh menafikan.

Setiap proses telah berlaku bermula dari semua parti membuat ketetapan mencari kata sepakat supaya seorang dari kalangan mereka dinamakan sebagai calon tunggal yang perlu diangkat.

Proses kedua mengumpul SD atau akuan sumpah ahli-ahli parlimen untuk menepati syarat kepada surat Speaker Dewan Rakyat. Kesemua SD tersebut juga berjaya dihantar ke istana dengan berbagai cara seperti email, whatsapp dan faks.

Proses pengesahan melalui telefon juga telah berlangsung dengan setiap ahli parlimen akan dihubungi pihak istana dan mengesahkan akuan mereka masing-masing.

Proses Mengadap SPB YDPA juga telah berlangsung semalam 19 Ogos 2021 dengan ahli-ahli parlimen yang menyokong DSIS sebagai Perdana Menteri dibawa ke istana dan sekali lagi mengesahkan akuan bersumpah mereka di hadapan SPB YDPA.

Semua proses dan perjalanan proses itu berjalan lancar dan tertib dengan nombornya tidak bertukar dan masih kekal 114 sokongan kepada DS Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Malaysia Ke 9.

Makin kencang soal “Kerajaan Perpaduan” dijadikan naratif pihak-pihak tertentu. Makin galak dan trending Kerajaan Perpaduan di Twitter khususnya. Kita tahu kenapa ianya jadi trending dan kita tahu siapa yang mainkan. 

Soalnya ialah sebelum TSMY meletakkan jawatan sebagai PM telah ada satu tangan dihulurkan oleh TSMY untuk menyatukan pemerintahan negara dengan keterlibatan semua parti-parti. 7 perkara di cadangkan dan ditawarkan. Jelas cadangan dan tawaran itu ditolak mentah oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Dituduh cuba merasuah dan menyogok ahli-ahli parlimen. Tawaran dilihat dibuat kerana terdesak dan macam-macam lagi tuduhan dari PH.

Tetapi hari ini “Kerajaan Perpaduan” kembali dicanang dan dizikirkan untuk memastikan PH juga berada dalam kerajaan Perdana Menteri baru (DSIS) dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah mereka tahu mereka gagal mendapatkan jumlah sokongan yang mencukupi untuk Anwar diangkat sebagai PM 9.

Kita yakin berlaku “game” di sebalik tabir semua proses yang melunasi prinsip perlembagaan dan undang-undang negara kita. Pihak institusi tertinggi masih belum membuat keputusan tetapi ada tangan-tangan jahat sedang mengganggu perjalanan proses yang sepatutnya lebih mudah dan rakyat telah mendapat seorang Perdana Menteri yang semua nantikan.

Tangan-tangan jahat ini sedang berusaha sedaya upaya kali ini untuk memastikan Anwar dan DAP dan semua parti dalam PH berada dalam kerajaan baharu yang terpaksa ditubuhkan ini.

Persoalannya… adakah rakyat boleh bersetuju dengan cadangan ini dan lebih penting adakah ahli-ahli parlimen boleh bersetuju dengan paksaan dan cadangan “Tangan-tangan Jahat” ini?

Saya serahkan persoalan ini untuk seluruh rakyat menjawabnya.

Wallahualam.

 

No comments:

Post a Comment