Begitulah
hakikat dunia. Terpandang dan terbaca satu bentuk ONLINE PETITION yang bertajuk
“Rejecting Ismail Sabri As The Next Prime Minister”.
Ismail
Sabri belum pun lagi dilantik atau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia Ke 9.
Prosesnya
masih berjalan dan Majlis Raja-raja akan bersidang esok (20 Ogos 2021) untuk
menentukan siapa yang akan menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tapi
kita boleh tengok dah ada cubaan dan serangan awal pihak-pihak tertentu ke atas
Dato Sri Ismail Sabri (DSIS).
Saya
cukup yakin ini ialah kerja dan usaha jahat pihak-pihak tertentu yang cuba
meracuni pemikiran rakyat.
Atas
alasan apa petition sebegini dikeluarkan dan dicipta. Ianya hanya dengan satu
niat jahat untuk menimbulkan satu bentuk pemikiran membenci sesiapa saja yang
akan diangkat sebagai PM.
Sepertimana
di negara kita juga. Tak pernah ada satu parti yang memerintah dengan
kesemuanya dari kalangan penyokong kerajaan.
Pasti
ada pembangkang dan ianya merupakan penterjemahan kepada sebuah sistem
demokrasi yang hidup.
Sepatutnya
ketika negara berdepan pandemik yang menjejaskan tahap kesihatan dan ekonomi
rakyat ini, seluruh rakyat harus bersatu disamping bersama kerajaan dalam usaha
menangani covid19 agar satu hari nanti negara akan mampu keluar dari krisis politik
dan kesihatan ini.
Negara
memerlukan rakyat yang prihatin dan sikap yang rasional untuk tidak menambahkan
kekusutan atau permasalah dalam negara.
Apa
jua perbezaan pandangan dan ideologi berkaitan politik harus diredakan seketika
untuk keseluruhan rakyat menumpukan segala usaha kepada mengeluarkan negara
dari pandemik ini.
Jumlah
petition itu tidak membuktikan ianya mewakili keseluruhan suara penentangan
rakyat. Di media sosial pelbagai platform pun kita boleh lihat kepelbagaian
pandangan dan bentuk perbezaan pemikiran.
Petition
sebegini tidak menterjemahkan apa-apa malah ianya dilihat cubaan jahat kerana
mahu mengganggu-gugat proses perlembagaan yang sedang berlangsung dan akhirnya
akan diperhalusi oleh Institusi Majlis Raja-Raja.
Seharusnya
tidak perlu ada cubaan atau rekaan petition-petition sebegini demi menghormati
dan memberikan ruang untuk perlembagaan mengambil tempat dalam proses
menentukan calon Perdana Menteri yang akan memimpin keseluruhan rakyat
Malaysia.
Saya
cukup yakin bahawa rakyat Malaysia amat mencintai keamanan dan mahukan krisis
politik dalam negara kembali reda dan diselesaikan dengan baik.
Justeru
jangan kita terlibat dengan cubaan atau hasutan pihak-pihak tertentu yang
sengaja mahu melihat kedaulatan negara kita dicabar dan kemakmuran dicalarkan.
Kita
doakan yang terbaik untuk negara kita. Kita harus menolak cubaan pihak-pihak
yang mahu melihat negara kita tidak stabil dan berada dalam krisis.
#TolakPetitionJahat
#JanganHinaPMKami
#IsmailSabri4PM
No comments:
Post a Comment