Friday, 20 August 2021

TPM PUN ANWAR SANGGUP TERIMA???

Dalam negara hampir dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang bakal meredakan suhu politik dan krisis ini ada cubaan menganggu keputusan yang telah jelas dibuktikan mengikut Perlembagaan.

Perkara berapa dalam perlembagaan Persekutuan yang boleh memaksa seorang Perdana Menteri yang mahu dilantik setelah memenuhi syarat Perlembagaan perlu untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pembangkang atau dari kalangan bukan majoriti. Perlembagaan mana yang cuba digunakan oleh “tangan-tangan jahat” ini?

Jumlah 114 yang telah membuktikan sokongan majoriti kepada seorang ahli Dewan Rakyat seperti YB Dato Sri Ismail Sabri tidak boleh dinafikan atau dicabar oleh mana-mana kuasa atau “tangan-tangan jahat” yang mahu juga dengan sedaya upaya menjadikan Anwar sebagai TPM setidak-tidaknya.

Undang-undang apa yang cuba dimainkan ni? Perlembagaan celah mana yang sedang dirujuk??? Perkara berapa yang menyebut Perdana Menteri yang dilantik harus melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin pembangkang ni? Terdesak sangat ker Anwar ni? Power sangat ker “tangan-tangan jahat” ni sehingga boleh melangkaui perlembagaan dan kuasa eksekutif dalam negara?? Siapa tangan-tangan jahat ni??

Negara perlukan sebuah kerajaan yang perlu mentadbir negara demi rakyat. Kerajaan harus segera ditubuhkan dalam usaha mengeluarkan negara dan rakyat dari pandemik. Usaha  yang terhenti perlu segera disambung. Bukannya bermain politik jahat sehingga mengganggu urusan berpaksikan Perlembagaan.

Jangan wujudkan sebuah pemerintahan yang bakal porak peranda dan haru-biru yang akhirnya akan membebankan dan memangsakan rakyat. Rakyat sedang mati. Rakyat sedang mengira hari untuk hidup. Rakyat sedang bertahan nafas untuk terus memastikan anak-anak mereka masih mampu menyuap nasi demi mengalas perut yang kelaparan.

Kuasa apakah lagi yang sedang menghalang semua proses ini? 

AMPUN TUANKU. KAMI MENJUNJUNG TITAH TUANKU DEMI SEBUAH KERAJAAN YANG SEMUA HAMBA RAKYAT IMPIKAN.

ISMAIL SABRI MELEPASI SEGALA SYARAT YANG DIPERLUKAN PERLEMBAGAAN

 

Apa lagi yang tidak memungkinkan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) dilantik sebagai Perdana Menteri? Jawapan saya ialah “tidak” dan “tidak ada”.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”

Dengan Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan yang jelas ini dan dengan segala proses yang berlaku 3 hari lepas telah membuktikan DSIS telah melepasi segala keperluan yang perlu dipenuhi mengikut Perlembagaan.

Soal cadangan atau desakan “Kerajaan Perpaduan” dari geng Anwar yang tak valid dan bukan masanya untuk menekan SPG YDPA dengan cadangan manusia terdesak seperti Anwar.

Apa jaminan bahawa “Kerajaan Perpaduan” yang di dalam ada semua parti dan ianya akan menstabilkan pemerintahan kerajaan bila ideologi dari kalangan pembangkang dan kerajaan sudah pasti tidak sehaluan dan berlaku perbezaan jelas dalam bab dasar dan manifesto kepartian. Sebuah kerajaan “rojak” yang akan menghuru-harakan pemerintahan?

Untuk apa pihak Istana atau SPB YDPG perlu melayan dan mempertimbangkan tuntutan Anwar setelah proses memenuhi Perkara 43(2)(a) telah berlangsung dan memenuhi syaratnya.

Ini merupakan kerja dan cubaan terdesak Anwar melalui pihak-pihak tertentu yang berpengaruh yang telah terbukti gagal dalam mendapatkan sokongan untuk mendapatkan majoriti.

Jumlah 92 sokongan dari ahli-ahli parlimen PH tidak mampu untuk memberikan apa-apa hak kepada Anwar untuk bersuara dan menekan SPB YDPA mengikuti kehendaknya.

DSIS dengan sokongan melebihi 114 dari kalangan UMNO, PAS, PPBM, GPS dan BEBAS membuktikan proses Demokrasi Berperlembagaan telah berlaku dan ianya tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

NOKTAH.

ISMAIL SABRI MELEPASI SEGALA SYARAT YANG DIPERLUKAN PERLEMBAGAAN

Apa lagi yang tidak memungkinkan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) dilantik sebagai Perdana Menteri? Jawapan saya ialah “tidak” dan “tidak ada”.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”

Dengan Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan yang jelas ini dan dengan segala proses yang berlaku 3 hari lepas telah membuktikan DSIS telah melepasi segala keperluan yang perlu dipenuhi mengikut Perlembagaan.

Soal cadangan atau desakan “Kerajaan Perpaduan” dari geng Anwar yang tak valid dan bukan masanya untuk menekan SPG YDPA dengan cadangan manusia terdesak seperti Anwar.

Apa jaminan bahawa “Kerajaan Perpaduan” yang di dalam ada semua parti dan ianya akan menstabilkan pemerintahan kerajaan bila ideologi dari kalangan pembangkang dan kerajaan sudah pasti tidak sehaluan dan berlaku perbezaan jelas dalam bab dasar dan manifesto kepartian. Sebuah kerajaan “rojak” yang akan menghuru-harakan pemerintahan?

Untuk apa pihak Istana atau SPB YDPG perlu melayan dan mempertimbangkan tuntutan Anwar setelah proses memenuhi Perkara 43(2)(a) telah berlangsung dan memenuhi syaratnya.

Ini merupakan kerja dan cubaan terdesak Anwar melalui pihak-pihak tertentu yang berpengaruh yang telah terbukti gagal dalam mendapatkan sokongan untuk mendapatkan majoriti.

Jumlah 92 sokongan dari ahli-ahli parlimen PH tidak mampu untuk memberikan apa-apa hak kepada Anwar untuk bersuara dan menekan SPB YDPA mengikuti kehendaknya.

DSIS dengan sokongan melebihi 114 dari kalangan UMNO, PAS, PPBM, GPS dan BEBAS membuktikan proses Demokrasi Berperlembagaan telah berlaku dan ianya tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

NOKTAH.

Thursday, 19 August 2021

APA LAGI DAYA KITA. HANYA ALLAH PENENTU SEGALANYA

Segala usaha telah mereka (Ahli-ahli Palimen) telah lakukan yang terbaik. Penyatuan dari kalangan mereka diterjemahkan dengan angka 114 yang tidak mampu digoyahkan tahap kesetiaan dan tahap kebersatuan mereka. Ini buktinya dan ini asasnya, tidak ada satu pihak atau sesiapa yang boleh menafikan.

Setiap proses telah berlaku bermula dari semua parti membuat ketetapan mencari kata sepakat supaya seorang dari kalangan mereka dinamakan sebagai calon tunggal yang perlu diangkat.

Proses kedua mengumpul SD atau akuan sumpah ahli-ahli parlimen untuk menepati syarat kepada surat Speaker Dewan Rakyat. Kesemua SD tersebut juga berjaya dihantar ke istana dengan berbagai cara seperti email, whatsapp dan faks.

Proses pengesahan melalui telefon juga telah berlangsung dengan setiap ahli parlimen akan dihubungi pihak istana dan mengesahkan akuan mereka masing-masing.

Proses Mengadap SPB YDPA juga telah berlangsung semalam 19 Ogos 2021 dengan ahli-ahli parlimen yang menyokong DSIS sebagai Perdana Menteri dibawa ke istana dan sekali lagi mengesahkan akuan bersumpah mereka di hadapan SPB YDPA.

Semua proses dan perjalanan proses itu berjalan lancar dan tertib dengan nombornya tidak bertukar dan masih kekal 114 sokongan kepada DS Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Malaysia Ke 9.

Makin kencang soal “Kerajaan Perpaduan” dijadikan naratif pihak-pihak tertentu. Makin galak dan trending Kerajaan Perpaduan di Twitter khususnya. Kita tahu kenapa ianya jadi trending dan kita tahu siapa yang mainkan. 

Soalnya ialah sebelum TSMY meletakkan jawatan sebagai PM telah ada satu tangan dihulurkan oleh TSMY untuk menyatukan pemerintahan negara dengan keterlibatan semua parti-parti. 7 perkara di cadangkan dan ditawarkan. Jelas cadangan dan tawaran itu ditolak mentah oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Dituduh cuba merasuah dan menyogok ahli-ahli parlimen. Tawaran dilihat dibuat kerana terdesak dan macam-macam lagi tuduhan dari PH.

Tetapi hari ini “Kerajaan Perpaduan” kembali dicanang dan dizikirkan untuk memastikan PH juga berada dalam kerajaan Perdana Menteri baru (DSIS) dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah mereka tahu mereka gagal mendapatkan jumlah sokongan yang mencukupi untuk Anwar diangkat sebagai PM 9.

Kita yakin berlaku “game” di sebalik tabir semua proses yang melunasi prinsip perlembagaan dan undang-undang negara kita. Pihak institusi tertinggi masih belum membuat keputusan tetapi ada tangan-tangan jahat sedang mengganggu perjalanan proses yang sepatutnya lebih mudah dan rakyat telah mendapat seorang Perdana Menteri yang semua nantikan.

Tangan-tangan jahat ini sedang berusaha sedaya upaya kali ini untuk memastikan Anwar dan DAP dan semua parti dalam PH berada dalam kerajaan baharu yang terpaksa ditubuhkan ini.

Persoalannya… adakah rakyat boleh bersetuju dengan cadangan ini dan lebih penting adakah ahli-ahli parlimen boleh bersetuju dengan paksaan dan cadangan “Tangan-tangan Jahat” ini?

Saya serahkan persoalan ini untuk seluruh rakyat menjawabnya.

Wallahualam.

 

BELUM APA-APA DAH ADA PETITION?

Begitulah hakikat dunia. Terpandang dan terbaca satu bentuk ONLINE PETITION yang bertajuk “Rejecting Ismail Sabri As The Next Prime Minister”. 

Ismail Sabri belum pun lagi dilantik atau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 9. 

Prosesnya masih berjalan dan Majlis Raja-raja akan bersidang esok (20 Ogos 2021) untuk menentukan siapa yang akan menggalas tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tapi kita boleh tengok dah ada cubaan dan serangan awal pihak-pihak tertentu ke atas Dato Sri Ismail Sabri (DSIS).

Saya cukup yakin ini ialah kerja dan usaha jahat pihak-pihak tertentu yang cuba meracuni pemikiran rakyat. 

Atas alasan apa petition sebegini dikeluarkan dan dicipta. Ianya hanya dengan satu niat jahat untuk menimbulkan satu bentuk pemikiran membenci sesiapa saja yang akan diangkat sebagai PM.

Sepertimana di negara kita juga. Tak pernah ada satu parti yang memerintah dengan kesemuanya dari kalangan penyokong kerajaan.

Pasti ada pembangkang dan ianya merupakan penterjemahan kepada sebuah sistem demokrasi yang hidup.

Sepatutnya ketika negara berdepan pandemik yang menjejaskan tahap kesihatan dan ekonomi rakyat ini, seluruh rakyat harus bersatu disamping bersama kerajaan dalam usaha menangani covid19 agar satu hari nanti negara akan mampu keluar dari krisis politik dan kesihatan ini.

Negara memerlukan rakyat yang prihatin dan sikap yang rasional untuk tidak menambahkan kekusutan atau permasalah dalam negara.

Apa jua perbezaan pandangan dan ideologi berkaitan politik harus diredakan seketika untuk keseluruhan rakyat menumpukan segala usaha kepada mengeluarkan negara dari pandemik ini.

Jumlah petition itu tidak membuktikan ianya mewakili keseluruhan suara penentangan rakyat. Di media sosial pelbagai platform pun kita boleh lihat kepelbagaian pandangan dan bentuk perbezaan pemikiran.

Petition sebegini tidak menterjemahkan apa-apa malah ianya dilihat cubaan jahat kerana mahu mengganggu-gugat proses perlembagaan yang sedang berlangsung dan akhirnya akan  diperhalusi oleh Institusi Majlis Raja-Raja.

Seharusnya tidak perlu ada cubaan atau rekaan petition-petition sebegini demi menghormati dan memberikan ruang untuk perlembagaan mengambil tempat dalam proses menentukan calon Perdana Menteri yang akan memimpin keseluruhan rakyat Malaysia.

Saya cukup yakin bahawa rakyat Malaysia amat mencintai keamanan dan mahukan krisis politik dalam negara kembali reda dan diselesaikan dengan baik.

Justeru jangan kita terlibat dengan cubaan atau hasutan pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu melihat kedaulatan negara kita dicabar dan kemakmuran dicalarkan.

Kita doakan yang terbaik untuk negara kita. Kita harus menolak cubaan pihak-pihak yang mahu melihat negara kita tidak stabil dan berada dalam krisis.

#TolakPetitionJahat
#JanganHinaPMKami
#IsmailSabri4PM

 

 

Monday, 16 August 2021

Perancangan terkini Zahid dan Anwar

Ini perancangan yang berlaku. Ini status terkini Anwar. Ternyata Zahid bersekongkol dengan Anwar untuk memberikan sokongan terus kepada Anwar sebagai PM.

Sehingga kini Zahid masih berahsia dan tidak membuat keputusan walau dalam pertemuan Biro Politik semalam.

Zahid mengadakan pertemuan dengan Anwar semalam (16 Ogos 2021) di Sri Hartamas untuk membincangkan sokongan en blok UMNO kepada Anwar.

Ini merupakan perancangan terkini Zahid dan Anwar.

Monday, 2 August 2021

PEMBANGKANG AMBIL TUGAS YDPA?

Macam-macam kita tengok posting dan pelbagai status di media sosial yang kononnya mempertikaikan berkaitan istilah “Penderhakaan” kepada DYMM SPB YDPA.

UMNO terutamanya lebih pembangkang dari PH dalam kononnya mempertahankan intitusi Raja-raja.Tetapi dalam masa yang sama mereka sedang mengambil kerja dan tanggungjawab YDPA untuk menentukan orang itu derhaka dan orang ini telah dimurka.

Walhal kita tahu bahawa YDPA masih lagi menerima mengadap TSMY sebagai Perdana Menteri beberapa kali selepas tercetusnya polimek di parlimen. Cuma perkara itu tidak dikongsi dan diwar-war kan oleh pihak kerajaan.

Jika benar YDPA “MURKA” terhadap orang-orang tertentu pasti sahaja pemimpin itu tidak akan diperkenankan untuk mengadap YDPA. Saya masih ingat satu berita yang berkaitan Kemurkaan Sultan Kelantan satu ketika di mana Tuanku Al Sultan telah menyenaraikan nama-nama yang tidak dibenarkan masuk ke Istana dan juga SUK Negeri Kelantan.

Ini merupakan tindakan kepada kemurkaan Duli Al Sultan Kelantan. Darjah-darjah kebesaran akan ditarik balik secara pemberitahuan terbuka dan rasmi. Kebiasaannya media akan melaporkan kemurkaan dan tindakan menarik balik anugerah yang pernah diberikan kepada individu-tersebut tersebut.

Jelas sehingga hari ini kemimpinan kerajaan masih diperkenan mengadap dan tidak ada apa-apa pengistiharan “Kemurkaan” dari Tuanku YDPA pun. Kita melihat isu ini sengaja diperbesarkan dan dijadikan mainan utama pihak-pihak tertentu untuk mengajak rakyat dan mengelirukan rakyat atas sentimen yang mana kita tahu bahawa setiap dari kita rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu amat sensitif dalam bab institusi Raja-raja dan Sultan.

Mereka cuba menghidupkan sentimen ini supaya satu wave dan move bakal dibuat oleh rakyat di media sosial dan menteri-menteri dalam kerajaan akan didesak untuk meletakkan jawatan.

Jika ini berlaku , sudah pasti negara sekali lagi dilanda “Krisis Politik” sepertimana pernah berlaku sebelum ini pada 24 Feb 2020 di mana Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh kerajaan PH juga telah runtuh.

Ketika itu negara tidak ada pemerintah dan banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Jika dalam saat negara dilanda pandemik sebegini sudah pasti ianya bakal merencatkan perancangan kerajaan untuk mengeluarkan kita dan negara dari pandemik yang membunuh ini.

Kerajaan semakin hampir dengan kejayaan. Dengan kadar vaksinasi yang terbukti berjaya sudah pasti ianya dicemburui oleh pembangkang dan PH. Jika kerajaan ini berjaya mengeluarkan rakyat dari pandemik maka mereka tiada lagi alasan dan hujah untuk menjatuhkan kerajaan. Hanya soal derhaka yang mampu mereka mainkan.

Jika kerajaan yang ada ini runtuh dan tumbang pasti rakyat akan merasai kesannya yang kita tak mampu gambarkan. Sebuah negara dan politik yang tidak stabil pasti akan sukar keluar dari peperangan menentang virus berbahaya ini.

Rakyat akan terus berada dalam keadaan yang melarat dan papa kedana satu hari nanti jika krisis politik sebegini berpanjangan dan terus-terusan dimainkan oleh pembangkang (PH).

Rakyat harus bersabar dan menolak politik huru-hara yang dicetuskan oleh pembangkang.Jangan kita memberikan ruang dan peluang untuk DAP, PKR (Anwar) dan Mahathir kembali menjahanamkan negara untuk tujuan dendam dan peribadi mereka.

Nama-nama ini sudah cukup terbukti telah menghancurkan kestabilan politik dan memangsakan rakyat untuk agenda kuasa, peribadi dan kroni mereka semata.

#PerangiCovid19
#PerangiMusuhMelayu
#PerangiDAP/PH