Dalam
negara hampir dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang bakal meredakan suhu
politik dan krisis ini ada cubaan menganggu keputusan yang telah jelas
dibuktikan mengikut Perlembagaan.
Perkara
berapa dalam perlembagaan Persekutuan yang boleh memaksa seorang Perdana
Menteri yang mahu dilantik setelah memenuhi syarat Perlembagaan perlu untuk
melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pembangkang atau dari
kalangan bukan majoriti. Perlembagaan mana yang cuba digunakan oleh “tangan-tangan
jahat” ini?
Jumlah 114 yang telah membuktikan sokongan majoriti kepada seorang ahli Dewan Rakyat seperti YB Dato Sri Ismail Sabri tidak boleh dinafikan atau dicabar oleh mana-mana kuasa atau “tangan-tangan jahat” yang mahu juga dengan sedaya upaya menjadikan Anwar sebagai TPM setidak-tidaknya.
Undang-undang apa yang cuba dimainkan ni? Perlembagaan celah mana yang sedang dirujuk??? Perkara berapa yang menyebut Perdana Menteri yang dilantik harus melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin pembangkang ni? Terdesak sangat ker Anwar ni? Power sangat ker “tangan-tangan jahat” ni sehingga boleh melangkaui perlembagaan dan kuasa eksekutif dalam negara?? Siapa tangan-tangan jahat ni??
Negara perlukan sebuah kerajaan yang perlu mentadbir negara demi rakyat. Kerajaan harus segera ditubuhkan dalam usaha mengeluarkan negara dan rakyat dari pandemik. Usaha yang terhenti perlu segera disambung. Bukannya bermain politik jahat sehingga mengganggu urusan berpaksikan Perlembagaan.
Jangan wujudkan sebuah pemerintahan yang bakal porak peranda dan haru-biru yang akhirnya akan membebankan dan memangsakan rakyat. Rakyat sedang mati. Rakyat sedang mengira hari untuk hidup. Rakyat sedang bertahan nafas untuk terus memastikan anak-anak mereka masih mampu menyuap nasi demi mengalas perut yang kelaparan.
Kuasa apakah lagi yang sedang menghalang semua proses ini?
AMPUN TUANKU. KAMI MENJUNJUNG TITAH TUANKU DEMI SEBUAH KERAJAAN YANG SEMUA HAMBA RAKYAT IMPIKAN.
No comments:
Post a Comment