Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”
Dengan Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan yang jelas ini dan dengan segala proses yang berlaku 3 hari lepas telah membuktikan DSIS telah melepasi segala keperluan yang perlu dipenuhi mengikut Perlembagaan.
Soal cadangan atau desakan “Kerajaan Perpaduan” dari geng Anwar yang tak valid dan bukan masanya untuk menekan SPG YDPA dengan cadangan manusia terdesak seperti Anwar.
Apa jaminan bahawa “Kerajaan Perpaduan” yang di dalam ada semua parti dan ianya akan menstabilkan pemerintahan kerajaan bila ideologi dari kalangan pembangkang dan kerajaan sudah pasti tidak sehaluan dan berlaku perbezaan jelas dalam bab dasar dan manifesto kepartian. Sebuah kerajaan “rojak” yang akan menghuru-harakan pemerintahan?
Untuk apa pihak Istana atau SPB YDPG perlu melayan dan mempertimbangkan tuntutan Anwar setelah proses memenuhi Perkara 43(2)(a) telah berlangsung dan memenuhi syaratnya.
Ini merupakan kerja dan cubaan terdesak Anwar melalui pihak-pihak tertentu yang berpengaruh yang telah terbukti gagal dalam mendapatkan sokongan untuk mendapatkan majoriti.
Jumlah
92 sokongan dari ahli-ahli parlimen PH tidak mampu untuk memberikan apa-apa hak
kepada Anwar untuk bersuara dan menekan SPB YDPA mengikuti kehendaknya.
DSIS dengan sokongan melebihi 114 dari kalangan UMNO, PAS, PPBM, GPS dan BEBAS membuktikan proses Demokrasi Berperlembagaan telah berlaku dan ianya tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.
NOKTAH.
Assalamualaikum salam Sejahtera buat rakyat Malaysia ...
ReplyDeleteSama2 kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt dengan kurnia dan izinnya ,kita dipayungi kembali oleh pemimpin UMNO 🤲🥺
Syukur..
Alhamdulillah UMNO kembali mentabir negara,namun tiada apa yang nak dibanggakan sepertimana momokkan pembenci UMNO dan pengikut PH khususnya, yela apa yang dikejarkan sangat dengan jawatan sekarang ni, takde untung sesen pun, sebab kuasa hari ini hanya bagi membolehkan PM dan jemaah menteri menentukan sahkan segala permasalahan yg dihadapi rakyat dengan pendamik COVID 19 hari ni dan menjana kembali ekonomi serta urus takbir negara yg telah kucar kacir semasa pemerintahan PH dan disambung oleh Muhyiddin sebelum ini,
Layak juga dikatakan UMNO ini gila kuasa ,ya gila sanggup ambil risiko semasa pendamik mengganas dan parah hingga angka 23 ribu kes sehari berbanding hanya tidak sampai 2 ribu kes sehari semasa Muhyiddin ambil alih dulu..
Pemimpin UMNO dengan berani dan lantang bersuara semata mata GILA NAK SELAMATKAN RAKYAT & NEGARA MALAYSIA!" ..
Tiada satu negara pun berani ,yg mana parti dan Pemimpinnya sanggup ambil tampuk pemerintahan yang penuh dengan kekalutan,kekusutan, kesusahan, kemaslahan , segalanya menyusahkan menyusahkan saja kalau nak difikirkan secara logik !?
Ya , tapi pemimpin UMNOlah satu satunya parti Yg sanggup terjun ke lembah masalah bersama sama dengan rakyatnya, biar mereka bersusah payah dari mereka hanya berpeluk tubuh melihat kesengsaraan yg dihadapi rakyat, mana dengan dibuang kerja, dihalau rumah sewa, kereta motor ditarik bank, hutang keliling pinggang,beras tak ada dirumah, susu anak bertukar dengan teh o, bunuh diri akibat tekanan hidup, mati akibat pendamik COVID setiap hari cecah ribuan kematian...!
Apa lagi yang UMNO mampu buat selain melalak didalam media sosial, namun tidak diendahkan oleh pimpinan semalam!
Sebab tu UMNO nekad untuk hadap segala mungkin bila keluar dari sokong kerjaaan semalam, alhamdulillah berkat ketabahan ,kekuatan,kesepakatan dengan izin ALLAH SWT , akhirnya 20 Ogos 2021 Allah telah membuka pintu hati DYMM SPB YDPA telah memilih DS Ismail Sabri sebagai PM Malaysia ke-9 .
In sha allah , sama2 kita doakan moga beliau dan jemaahnya mampu hadapi segala ujian keatas mereka agar rakyat MALAYSIA dapat hidup dalam keadaan aman damai dan sekurangnya tak dapat total berjaya tapi dapatlah kembalikan senyuman di wajah rakyat yg telah 2 tahun menderita dan tersiksa zahir batinnya...
Moga Allah swt sentiasa pelihara dan lindungi kerajaan yg terbentuk hari ini,agar mereka dapat meneruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara Malaysia yang kita cintai ni...
Terima kasih buat YDPA kerana sentiasa peka terhadap rakyat jelata.. daulat Tuanku!!! Allahuakbar!!!
Terima kasih ya Allah 🤲🥺 alhamdulillah aamiin ya robbal allamin 🤲