Monday, 2 August 2021

PEMBANGKANG AMBIL TUGAS YDPA?

Macam-macam kita tengok posting dan pelbagai status di media sosial yang kononnya mempertikaikan berkaitan istilah “Penderhakaan” kepada DYMM SPB YDPA.

UMNO terutamanya lebih pembangkang dari PH dalam kononnya mempertahankan intitusi Raja-raja.Tetapi dalam masa yang sama mereka sedang mengambil kerja dan tanggungjawab YDPA untuk menentukan orang itu derhaka dan orang ini telah dimurka.

Walhal kita tahu bahawa YDPA masih lagi menerima mengadap TSMY sebagai Perdana Menteri beberapa kali selepas tercetusnya polimek di parlimen. Cuma perkara itu tidak dikongsi dan diwar-war kan oleh pihak kerajaan.

Jika benar YDPA “MURKA” terhadap orang-orang tertentu pasti sahaja pemimpin itu tidak akan diperkenankan untuk mengadap YDPA. Saya masih ingat satu berita yang berkaitan Kemurkaan Sultan Kelantan satu ketika di mana Tuanku Al Sultan telah menyenaraikan nama-nama yang tidak dibenarkan masuk ke Istana dan juga SUK Negeri Kelantan.

Ini merupakan tindakan kepada kemurkaan Duli Al Sultan Kelantan. Darjah-darjah kebesaran akan ditarik balik secara pemberitahuan terbuka dan rasmi. Kebiasaannya media akan melaporkan kemurkaan dan tindakan menarik balik anugerah yang pernah diberikan kepada individu-tersebut tersebut.

Jelas sehingga hari ini kemimpinan kerajaan masih diperkenan mengadap dan tidak ada apa-apa pengistiharan “Kemurkaan” dari Tuanku YDPA pun. Kita melihat isu ini sengaja diperbesarkan dan dijadikan mainan utama pihak-pihak tertentu untuk mengajak rakyat dan mengelirukan rakyat atas sentimen yang mana kita tahu bahawa setiap dari kita rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu amat sensitif dalam bab institusi Raja-raja dan Sultan.

Mereka cuba menghidupkan sentimen ini supaya satu wave dan move bakal dibuat oleh rakyat di media sosial dan menteri-menteri dalam kerajaan akan didesak untuk meletakkan jawatan.

Jika ini berlaku , sudah pasti negara sekali lagi dilanda “Krisis Politik” sepertimana pernah berlaku sebelum ini pada 24 Feb 2020 di mana Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh kerajaan PH juga telah runtuh.

Ketika itu negara tidak ada pemerintah dan banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Jika dalam saat negara dilanda pandemik sebegini sudah pasti ianya bakal merencatkan perancangan kerajaan untuk mengeluarkan kita dan negara dari pandemik yang membunuh ini.

Kerajaan semakin hampir dengan kejayaan. Dengan kadar vaksinasi yang terbukti berjaya sudah pasti ianya dicemburui oleh pembangkang dan PH. Jika kerajaan ini berjaya mengeluarkan rakyat dari pandemik maka mereka tiada lagi alasan dan hujah untuk menjatuhkan kerajaan. Hanya soal derhaka yang mampu mereka mainkan.

Jika kerajaan yang ada ini runtuh dan tumbang pasti rakyat akan merasai kesannya yang kita tak mampu gambarkan. Sebuah negara dan politik yang tidak stabil pasti akan sukar keluar dari peperangan menentang virus berbahaya ini.

Rakyat akan terus berada dalam keadaan yang melarat dan papa kedana satu hari nanti jika krisis politik sebegini berpanjangan dan terus-terusan dimainkan oleh pembangkang (PH).

Rakyat harus bersabar dan menolak politik huru-hara yang dicetuskan oleh pembangkang.Jangan kita memberikan ruang dan peluang untuk DAP, PKR (Anwar) dan Mahathir kembali menjahanamkan negara untuk tujuan dendam dan peribadi mereka.

Nama-nama ini sudah cukup terbukti telah menghancurkan kestabilan politik dan memangsakan rakyat untuk agenda kuasa, peribadi dan kroni mereka semata.

#PerangiCovid19
#PerangiMusuhMelayu
#PerangiDAP/PH

 

No comments:

Post a Comment